DARI ANJUNG SETIAUSAHA


Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan Dato',Datin Tuan dan Puan  atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan bagi merealisasikan kegiatan pusaka budaya bangsa di Kelantan terus maju ke hadapan sesuai dengan tuntutan masa mengikut tatacara agama.Ia sekaligus akan memberi suntikan semangat dan dorongan kepada peminat dan pengerak budaya bangsa untuk terus maju ke hadapan dalam mencapai kecemerlangan sejagat. . InsyaAllah. Yang Berhormat Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian, 

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepada semua yang terlibat.

Saya yakin dan percaya segala usaha dan kerjasama erat yang ditunjukkan ini akan memberi impak besar terhadap perkembangan seni budaya bangsa.

Sekian, Terima Kasih.


Nik Muhammad Azmi Bin Nik Arif

Setiausaha